BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan...

Salam!

Mentang-mentang bulan puasa ko bersalam, kalau tak hello je ko kasi...

Hari nie genap la 9 hari kita dah berpuasa. Cepat gila masa berlalu. Alhamdulillah belum tinggal and oleh kerana tahun nie insyaAllah aku boleh puasa penuh, aku akan berusaha untuk memenuhkan puasa ku ini.

Ramadhan pertama, tak dapat masak sebab I had to go to work at OUM. Walaupun balik agak awal but sangat la penat sebab from OUM tu jalan ke LRT untuk balik rumah dengan perut yang boyot-jalan macam penguin tapi badan macam ikan paus. The night before dah la tido lambat, lepas tu bangun awal untuk siapkan sahur. Sampai je rumah around 3.30pm, terus tertido! Terjaga jam 4.15 sebab husband call coz kena ambik dia kat LRT. Bangun-bangun, mandi, solat semua husband dah nak sampai pulak so memang tak sempat masak la maka kami beli Dominos. So Ramadhan pertama, makan la Dominos. Sangat la tak seronok.Tapi alhamdulillah, rezeki.

Ramadhan kedua, pun tak sempat masak coz had to finish up freelancing job that was already due! So husband p je beli kat pasar ramadhan dekat bukit jalil. I ate soto, he ate bihun sup and dia beli otak-otak. Hajat memasak terkubur lagi tapi takpe lah, still rezeki.

Ramadhan ketiga, oleh kerana bahan-bahan dapur kekurangan, masak serba simple, nasi putih, sambal tumis ikan bilis and tak ingat la satu lagi lauk tu apa hahaha. Alhamdulillah, puasa-puasa pun makin sedap sambal tumis ku hihihi.

Ramadhan keempat, simple juga masakan permintaan husband jugak sambal tumis ayam. Percubaan kedua sejak kawen! Bayangkan rajin gila aku masak kan?! But again, sedap weh! Tak malu puji diri hahaha. Sebab tried a different type of recipe, siap letak bunga cengkih bagai tu. Husband pun cakap sedap. Tu yang paling penting hihihi.

Ramadhan kelima, pasar ramadhan! Sebab kali nie I wanted to go and buy air tembikai! Semua salah BFFs! Fiza and Rina! A few days jugak la tahan nak air tembikai last-last dapat jugak. Juadah that Sunday was I ate mee rojak, husband ate char koey teow, beli akok and murtabak and air tembikai! Yummm....

Ramadhan keenam, I did the simplest thing. French Toast! So we ate french toast with popiah fusion hasil resepi Rina Hamid! Sedap! Jangan terpedaya, walaupun french toast je, kenyang gila! Popiah Fusion pun tak abes. Padahal makan 3 keping seorang je roti tu.

Ramadhan ketujuh, I cooked kari ikan! Second attempt too! First attempt failed!!! So terus kecewa tak mau masak dah. Tapi kali nie, berkat bulan Ramadhan kot, and also tak pakai santan, kari ikanku sedap!!! Husband pun makan banyak and cakap sedap hihihi. Selain kari ikan, sayur taugeh goreng and kuih buah melaka hasil tangan air sendiri buat pertama kali. Alhamdulillah menjadi :)

Ramadhan kelapan, Husband fried ikan tempura yang beli dekat kedai yang frozen tu. Dia memang expert bab menggoreng, serah pada yang pakar hehehe. I cooked butter rice for the first time jugak! Gila takut masa nak berbuka tu tak sedap. But surprise surprise, sedap kot!!! Sejak aku ngandung nie memang sedap aku masak hahahaha. Owh, lepas tu rebus bunga kobis utk makan with the fish and butter rice. Kuih lak I did samosa, first attempt jugak. First attempt samosa, rasa samosa hahaha. Not as sedap macam orang lain buat but rasa samosa la hahaha.

Today?! Husband mintak mee bandung! Ok, pernah masak mee bandung je sebelum nie and kiranya sedap la jugak. So hari nie akan cuba masak sesedap yang mungkin. Kuih tak masak sebab selama aku buat kuih tu, husband makan SIKIT!!!! Penat den buatnye. Aku yang habiskan. Bukan tak sedap tapi main course bertambah, maka tak dapat la makan side dish. Sabar je la. So hari nie mee bandung and also kek lapis sarawak yang semalam husband bawak balik. Yummm... Hihihi...

Juadah berbuka lain insyaAllah akan diupdate kemudian hari ikut kerajinanku. But so far, alhamdulillah, semua ok. Tak sabar tunggu Sabtu nak jumpa parents and aunties and uncles nak berbuka sekali! Mak nak bawak home made apple pie! Yumm!!! Oh cepat la Sabtu!!!

Ok, done for today. Jom masuk dapoq!!!

Bye!!!

4 comments:

Rina Hamid said...

wahh sedapnye apple pie..my fav! mak aku buat sedap.ak nak buat xde oven T_T
nak mtk kt mak ko skit lah..hahahah..
ak tringin mkn gulai ketam lah plak ni..tp xreti buat..n mls nak buat..hahahaah

Unknown said...

lucu la ko ni nurul.hahah

haLyZaQiut said...

Amboiii rajinnya masakkkk....kt balik keje selalu penat, malas giler nk masak....hahahha...

Unknown said...

Rinus! Sedap weh apple pie mak haku! aku 2 soq berturut2 makan benda tu ja hahaha...

Yan! Mesti ko kata lucu sebab aku kata badan aku dah gemok macam ikan paus kan?! hahahaha...

Liza! Rajin le dh tak koje hahaha... Freelance kt rmh je so sng nk bahagi time hihihi...